salam rock kepada semua mat2 rock yang sudi melawati blog auramuzik aku ni..blog ini bertujuan untuk memaparkan album2 ,lagu2 dan lain2 info tentang zaman kegemilangan band dulu2..insyaallah pada lain masa gua update lagi banyak band2 yang ade kat malaysia n..alunan muzik gitar,drum,bass yang dicipta dan didendangkan pada masa dahulu mempunyai aura dan maksud yang sangat dalam yang diminati dan diingati sehingga kini..i luv rock dulu2..!!

gUiTaRiS

Man Kidal..legend guitaris kidal..

man kidal atau nama sebenarnya ialah Abdul Rahman bin Mahmood...man kidal ni aku sgt terpegun melihat dan mendengar petikan gitarnya yang sungguh mengasikkan teliga mata dan hidungku..man kidal ni bermula pada awal 80 an dan mempunyai kebolehan memetik gitar secara kidal..nam pn dah man kidal daaa..sentuhan kidal dan belenggu kidal adalah hasil muzik yang paling mantap bagi aku laa..kadang2 naik bulu romaku mendengarnya..bro..gua respek ar same lu..ikuti kisah dan kejayaaan man kidal dibawah..



Man Kidal atau nama sebenarnya ialah Abdul Rahman bin Mahmood dilahirkan pada 1963 di Johor Darul Takzim. Gelaran "kidal" diperolehinya adalah kerana beliau bermain gitar dengan menggunakan tangan kiri. Mula bergiat aktif dalam bidang muzik ini sejak tahun 1979 lagi ketika itu beliau menganggotai kumpulan "The Lefthanded" dan telah ditukarkan nama kepada Kumpulan Lefthanded.

Sejarah awal

Man kidal mula bermain gitar sejak usianya 10 tahun lagi. Sejak itu beliau mula bermain gitar bersungguh-sungguh hingga berjaya menubuhkan kumpulan muzik bernama Lefthanded selaku pemain gitar utama di dalam kumpulan ini. Beliau telah mendirikan rumahtangga pada tahun 1980 bersama Nurlaila Yusof, dan mempunyai tiga orang anak - Mohd. Shefflee, Farah dan Norshahera serta mempunyai 3 orang cucu iaitu Mohd. Danial Aiman, Siti Nur Elysha dan Danish Haikal.

Album

Pemuzik undangan

Filem

  • Kembara Seniman Jalanan - Pemuzik undangan (1986)
  • Rozana Cinta '87 -Pemuzik undangan (1987)
  • Rock - Pelakon undangan (Juri Awam) (2005)

Konsert

  • Festival RentakAsia, Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur (2000)
  • Konsert Live Istana Budaya Ramli Sarip
  • Konsert Tanpa Nash - April 24th, 2009
  • Konsert Tanpa Vokalis - April 21st, 2009
  • Konsert Jamal, Saleem Tiada Tandingan - April 23rd, 2008
  • Konsert Amal Kasih Cetuskan Pelbagai Perasaan - April 14th, 2008
  • Lefthanded Di Hard Rock - March 22nd, 2008
  • Koncert PWTC - August 21st, 2007

Lagu ciptaan

Man kidal juga berbakat di dalam mencipta lagu tetapi banyak disumbangkan kepada kumpulannya sendiri iaitu Lefthanded. Di antara lagu ciptaan Man kidal ialah :
  • Lanun- Lefthanded (Man kidal & Lefthanded / Jabar Isnin
  • Debunga wangi- Lefthanded (Man kidal & Lefthanded /Jabar Isnin
  • Kenangan bersamamu- Lefthanded (Man kidal & Lefthanded / Yan
TQ>>>>>[muzik&auranya]mus..




 

Rosli Mohalim..swett charity..


Rosli Mohalim merupakan pemain gitar Kumpulan Sweet Charity yang pernah popular menerusi lagu "Teratai", "Zakiah", "Jangan Tunggu Lama-Lama" dan banyak lagi..alunan gitar die mmg syok habis..ikuti kisah kejayaan belaiu bersama swett charity...




Rosli Mohalim atau nama sebenarnya Rosli Dollah dilahirkan di Singapura pada tahun 1954. Mendapat pendidikan seni dari Akademi Seni Nanyang, Singapura yang pernah melahirkan insan seni seperti M Nasir dan S Amin Shahab.
Mula meminati muzik seawal usia 12 tahun, Rosli mendapat tunjuk ajar tidak formal dari Mohd Fadglon. Dari hanya bermain dengan gitar ‘tong’, Rosli beralih kepada gitar elektrik dan bersama-sama rakannya berlatih di studio jamming di Singapura. Ketika itu dia banyak terpengaruh dengan muzik The Beatles, The Bee Gees selain biasa mendengar muzik Deep Purple.
Bahkan dia juga meminati bank rock lain seperti Grand Funk, Black Sabbath, Led Zeppelin, Santana dan Bad Company. Ketika Rosli dan rakan-rakannya bermain di sebuah kelab, tanpa disedari Sweet Charity juga membuat persembahan di tempat sama.
Melihat kepada kemahiran dan bakatnya, Ramli Sarip dan Rahman Sabrani mempelawa Rosli menyertai Sweet Charity. Rosli Mohalim mengalami kejutan bukan saja dengan pelawaan itu tetapi juga diminta bermain gitar bass untuk Sweet Charity.
Tidak lama selepas itu, Rosli bersama Sweet Charity membuat persembahan di The National Theatre. Apabila A Ali yang menggalas selama ini tugas gitaris meninggalkan Sweet Charity, tempatnya segera diisi oleh Rosli....antara album beliau bersama sweet charity.

 Album

  1. Sweet Charity (1979)
  2. Pelarian (1980)
  3. Sejuta Wajah (1981)
  4. Penunggu (1982)
  5. Batu (1983)
  6. Berita Gempa (1985)
  7. Sweet Charity '88 (1988)
  8. Koleksi Sweet Charity (1984)
  9. Koleksi Terbaik Wings/Sweet Charity (1988)
  10. Pilihan Terbaik 1979-85 (1988)

Konsert

TQ>>>>[aura&muziknya]mus..




Kid Search.........lagend of guitaris malaysia..

Hamzah bin Mohd Taib atau lebih dikenali dengan nama Kid Search merupakan seorang pemain gitar utama kumpulan rock lagenda Search. Sebelum menganggotai kumpulan Search beliau merupakan pemain gitar utama Kumpulan Gersang...kit ni mmg dari kecik sudah meminati gitar..mcm saye jgk..tapi..emmm..ikuti kisah abg kid...layan..




Kid Search telah dilahirkan pada 30 November 1967 dan berasal dari Johor Darul Takzim. Kid juga datangnya dari keluarga seni buktinya abang-abang beliau juga turut berbakat di dalam bermain alat muzik seperti Nordin Taib atau Din Search (juga merupakan anggota Kumpulan Search) dan Musa merupakan pemain gitar bass Kumpulan Kris.

 Album

  1. Gersang (1987)
  2. Takdir (1988)
  1. Fenomena (1989)
  2. Search Live (1989)
  3. Karisma (1990)
  4. Sepuluh Tahun (1991)
  5. Rampage (1992)
  6. Double Trouble, bersama Wings (1992)
  7. Terbaik (1994)
  8. Gema Di Timur Jauh (1995)
  9. Gema Di Timur Jauh "Unplugged" (1995)
  10. Rock 'N' Roll Pie (1996)
  11. Rock N' Roll Pie Live N' Loud (1997)
  12. Double Trouble 2, bersama Wings (1998)
  13. Bikin Wilayah, bersama Awie (1998)
  14. Rockestra (2001)
  15. Fenomena 2003 (2003)
  16. Konsert Rock Search Evolusi 2004 (2007)
  • Dragon Malaya (Bersama Awie)
  1. Rentap (2000)
  2. Kuda Tiga Kaki (2000)
  3. Bumi Kita Ada Naga (2000)

 Pemuzik undangan

  • Nafas Cinta (1993 / Amy & Inka Christie - Nafas Cinta)
  • Teratai (1994 / Amy - Tribute to Ramli Sarip)
  • Mana Ada Jalan (1999 / KU2 - Album Baru Aku!)
  • Hai Obat (2007 / Bob KU2 & Brudu - Ini Baru Rock!!)
  • Apa Kono Eh Jang (2007 / Bob KU2 & Brudu - Ini Baru Rock!!)

 Lagu Ciptaan

  • Si Rama Rama (1988 / Gersang - Takdir)
  • Percintaanku (1988 / Gersang - Takdir)
  • Mana Ada Jalan (1999 / KU2 - Album Baru Aku!)

 Filem

[AURAMUZIK]



Hilarry ang....kumpulan Search..ghotik malam edan.

Beliau telah dilahirkan pada 12 Mei 1962 dan berasal dari Johor Bharu, Johor Darul Takzim. Beliau merupakan seorang pemain gitar berbangsa Cina yang cukup popular di Malaysia ini. Beliau adalah pemain gitar asal Kumpulan Search yang ditubuhkan pada tahun era 80an..lu mmg rock maaa...





Kerjaya

Hillary Ang merupakan seorang pemuzik profesional sepenuh masa serta merupakan seorang pemuzik undangan. Beliau juga pernah membuat 2 buah album solo pada tahun 1990 dan tahun 1994.Hillary juga adalah pengasas awal kumpulan search bersama yazit dan zainal rampa.Bersama Search sehingga 1988,kemudian menyambung pengajian di dalam bidang muzik di luar negara.Sekembalinya Hillary Ang, beliau telah menjadi pemuzik sepenuh masa, Karl dari kumpulan Cromok telah mencadangkan agar Hillary menggantikan tempat beliau sebagai pemain gitar di dalam kumpulan Cromok oleh sebab beliau mahu menumpukan sepenuh masa pada perniagaannya.Kemasukkan Hillary telah berjaya mengeluarkan beberapa buah album bersama Cromok.Kemudian pada hujung 2004, ibarat sireh pulang ke gagang.Hillary telah menerima jemputan panggilan daripada Amy untuk kembali memperjuangkan kumpulan Search.Tidak mengambil masa yang lama Hillary telah membuat keputusan drastik untuk kembali bersama berjuang dengan Search, sebuah kumpulan yang paling disayangi beliau.
Bersama kembali kumpulan Search ibarat kembali pada rumah yang asal, bak kata Hillary dalam satu temuramah "Its good to be back home again" .Dengan kembalinya Hillary dalam kumpulan Search, maka album Gothik Malam Edan berjaya dihasilkan dan dengan sedikit perubahan muzik yang lebih segar daripada album-album Search sebelum ini.Sekurang-kurangnya album Gothik Malam Edan ini dapat mengubat rindu peminat-peminat yang telah lama menunggu kelahiran album terbaru Search.Pada penghujung 2009, Search bergelut dengan permintaan peminat di mana peminat mahukan Kid kembali, sedangkan sebahagian lagi mahukan Hillary terus bersama Search,enggan terus bergelut dan memecahkan peminat kepada dua bahagian, Hillary Ang telah mengambil keputusan sekali lagi untuk berundur dari Search setelah 5tahun bersama untuk memberi ruang kepada Kid kembali atas dasar pilihan peminat.Walau perit, namun inilah yang dikatakan pengorbanan.Hillary kini kembali bergerak solo, seorang yang digelar "Legenda".Petikkan bunyi gitar beliau begitu sinonim dengan kumpulan Search dan Cromok, petikkan gitar beliau yang "berhantu" membuatkan peminat masih mahukan Hillary Ang kembali bersama Search.

 Album

Search
  • Langit Dan Bumi (1986)
  • Mentari Merah Di Ufuk Timur (1987)
  • Di Pintu Sepi (1988)
  • Berpaling (1988)
  • Gothik Malam Edan (2006)
  • Live at Planet Hollywood (2007)
Cromok
  • Mean, Meaner, Meanest (1999)
  • Image Of Purity - digitally remastered (2000)
  • What's Left (2000)
  • Deafening Silence (2002)
  • Untitled (2004)
  • Hattan - Biso Bonar (1999)
  • Taugeh - Bersama Selamanya The Album (2000)
  • Mael - Lain Hidup (2006)
  • Ella - Rama-Rama (2007)
  • Mentera Metal - Pelbagai Artis (1998)
  • Whole Lotta Zep - Pelbagai Artis (1996)
  • Album Solo Hillary
  • Rock Dalam Dilema (1990)
  • ZZ (1994)

Pemuzik undangan

  • Kul It! (1986 / Sudirman)
  • Hairan Bin Ajaib, versi unplugged (1995 / XPDC - Unplugged & Acoustic Guitar)
  • Kini Hanya Sepi (1996 / Slam - Kembali Merindu)
  • Judas (2000 / Awie - Rentap)
  • Kau Orang Punya Suka (2000 / Awie - Rentap)
  • Kau Yang Mula Dulu (2000 / Awie - Rentap)
  • Jauh Di Mata (2001 / Ella - Ilham Bicara)
  • Naga Sakti (2002 / Metalasia - Silantra... Bermulanya Sebuah Epik)

Filem

sekian...aura muzik...-mus-..